Penyokong wanita di Piala Dunia Qatar berasa selamat

DOHA: Ramai penyokong seakan menolak idea penganjuran Piala Dunia di tempat konservatif seperti Qatar di mana jualan arak tidak dibenarkan, namun sebahagian penyokong wanita menyifatkan mereka rasa selamat menikmati kejohanan di negara itu.

“Saya ingatkan negara ini sebagai tempat paling bahaya buat wanita. Saya tidak fikir yang saya akan selamat di sini.

“Bermula daripada tiba di sini sebagai pelancong, saya boleh katakan yang saya rasa selamat di sini,” kata penyokong England, Ellie Molloson.



Molloson berkata keluarga begitu bimbang apabila dia mahu ke negara itu dan bapanya mahu mengikutinya sebagai peneman untuk menjaga keselamatan namun dia tidak diperlukan.

Wanita berusia 19 tahun itu berkata kekurangan alkohol menjadikan situasi lebih tenang namun keputusan membabitkan alkohol itu lebih kepada faktor budaya.

“Saya rasa ini kerana masyarakat yang sosialnya lebih konservatif. Saya berpendapat alkohol sedikit menyumbang kepada kekecohan berbanding perkara lain.”



Penyokong Argentina, Ariana Gold mengakui dia gemuruh sebelum bertolak ke Timur Tengah itu memandangkan dia tidak tahu apa yang mungkin bakal terjadi.

“(Suasana) sangat bagus untuk wanita, saya sangat gilakan bola sepak dan apabila saya berada di negara saya, saya ingatkan Qatar hanyalah untuk lelaki.

“Mungkin wanita tidak akan selesa apabila berada di sini tetapi bagi saya, saya sangat selesa dan gembira di sini.”

“Suasana di sini tetap meriah walaupun tiada alkohol,” kata penyokong England, Emma Smith.



“Semuanya akur dengan situasi tetapi semua orang tetap gembira. Disebabkan tiada alkohol, saya rasa selamat di sini.”

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button