Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan

Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan

Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan
BANJIR di daerah Kasur, Pakistan. FOTO AFP

Islamabad: Kira-kira 100,000 penduduk di wilayah Punjab, Pakistan, dipindahkan secara besar-besaran akibat banjir.

Ratusan kampung dan ribuan hektar tanah pertanian di wilayah tengah itu ditenggelami air apabila tebing Sungai Sutlej, pecah pada Ahad lalu.

Bot penyelamat bergerak dari kampung ke kampung sejak beberapa hari lalu, menyelamatkan orang ramai yang menunggu di atas bumbung rumah, apabila paras air semakin meningkat.



Ada sebahagian daripada mereka menolak motosikal dan membawa haiwan ternakan seperti lembu, selain meletakkan harta benda di atas kepala, ketika meredah banjir di kawasan yang airnya cetek.

Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan
PENDUDUK menyelamatkan diri susulan banjir di daerah Kasur, Pakistan. FOTO AFP

Penduduk, Kashif Mehmood, 29, menyelamatkan diri bersama isteri dan tiga anaknya ke penempatan sementara selepas rumah mereka ditenggelami banjir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




“Banjir beberapa hari lalu dan semua rumah kami ditenggelami air.

“Kami berjalan kaki sepanjang jalan ke sini dengan susah payah,” katanya kepada AFP.

Sementara itu, seorang doktor sukarelawan tempatan di kem bantuan, Muhammad Amin berkata, air naik kira-kira 1.5 hingga 1.8 meter.

“Satu-satunya laluan yang boleh digunakan untuk pergi dan balik kini ditenggelami air.



“Bot digunakan di laluan sejauh 15 hingga 16 kilometer (km) ini supaya kami dapat menyelamatkan orang ramai,” katanya.

Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan
ORANG ramai menyelamatkan haiwan ternakan di daerah Kasur, Pakistan. FOTO AFP

Jurucakap Jabatan Kecemasan Punjab, Farooq Ahmad berkata, pihaknya menyelamatkan 100,000 orang sebelum memindahkan mereka ke tempat lebih selamat.

Dalam pada itu, Ketua Meteorologi Pakistan, Muhammad Aslam menyifatkan banjir itu terburuk apabila paras sungai berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 35 tahun.

Ketua kerajaan Punjab, Mohsin Naqvi pula berkata, hujan monsun mendorong pihak berkuasa India melepaskan lebihan air dari takungan ke dalam Sungai Sutlej, menyebabkan banjir melanda di Pakistan.



Ali Tauqeer Sheikh, pakar iklim dan air yang berpangkalan Islamabad berkata, paras air di Sungai Sutlej menjadi sangat tinggi.

Katanya, pihaknya menjangkakan bencana itu berlaku apabila kedua-dua negara sedang menghadapi masalah bencana iklim.

“Tiada niat jahat di pihak India. Air akhirnya terpaksa mengalir ke hilir ke Pakistan.

“Pakistan memantau musim monsun di India dengan agak teliti, jadi pihak berkuasa Punjab dan Pakistan mempunyai masa amaran mencukupi untuk memindahkan orang ramai dan merancang tindak balas kecemasan dengan cepat,” katanya.



Banjir besar: 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading