Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

Pulang ke Bera bagi hadiri program kawasan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

Bekas Perdana Menteri Ke-9 merangkap Naib Presiden Umno, Dato Sri Ismail Sabri dijangka tidak hadir mesyuarat MKT Umno malam ini.



Beliau juga tidak kelihatan di Mesyuarat Biro Politik Umno petang tadi.

Menurut sumber di Menara Dato Onn, Ismail bergegas pulang ke Bera bagi menghadiri program di Parlimen Bera tengahari tadi.

Mesyuarat MKT Umno malam ini dijangkakan menjadi tumpuan banyak pihak memandangkan ini mesyuarat pertama akan dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan merangkap Menteri Pertahanan dikhabarkan akan hadir pada malam ini.



Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

Mesyuarat ini juga akan menentukan hala tuju Umno selain akan membincangkan mengenai proses pemilihan parti.

Dilanda pelbagai kontroversi dan persepsi, MKT Umno malam ini akan menjadi tumpuan seluruh ahli serta penyokong Umno berkaitan keputusan pimpinan yang memilih untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan.

Adalah diharapkan MKT akan menjernihkan kekeruhan yang berlaku bagi memastikan hala tuju Umno selepas PRU15 lebih jelas dan teratur.



Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button