Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng

Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng

Mantan perdana menteri dua kali, Dr Mahathir membidas perdana menteri, DS Anwar Ibrahim kerana melantik DS Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir ialah seseorang yang sedang menghadapi kes mahkamah sepatutnya tidak layak dilantik sebagai pemimpin.



Baca di sini:

https://www.astroawani.com/video-malaysia/politik-dr-mahathir-hairan-anwar-lantik-zahid-1999854

Dr Mahathir juga beranggapan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh DS Anwar tidak mengamalkam prinsip ‘rule of law’ dengan sepenuhnya.

Namun dalam masa yang sama, Dr Mahathir mengakui prinsip seseorang tidak dianggap bersalah sebelum mahkamah mendapatinya bersalah.



Penulis merasa sangat hairan, bagaimana seorang seperti Dr Mahathir masih merasa layak untuk memberikan komen sebegitu.

Ketika kali pertama Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada 2018 selepas PRU 14, Dr Mahathir telah diberikan mandat untuk menerajui kerajaan Pakatan Harapan.

Mungkin Dr Mahathir lupa, ketika itu beliau telah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Dan ketika itu Lim Guan Eng sedang menghadapi kes rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.



Apakah Dr Mahathir lupa, beliau bukan sahaja melantik seorang yang sedang menghadapi kes rasuah, malah melantiknya sebagai Menteri Kewangan!!!

Bagi penulis, sekurang-kurangnya DS Zahid sudah didapati tidak bersalah dalam 40 pertuduhan salah guna kuasa.

Paling penting, walau pun telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid akan terus membersihkan nama beliau di mahkamah.

Tidak seperti Lim Guan Eng yang dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir yang telah digugurkan kes tanpa sebarang alasan.



Celah mana ‘rule of law’ mengikut tafsiran Dr Mahathir?

 

Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button