Rakyat Korea Selatan akan muda satu atau dua tahun

Seoul: Parlimen Korea Selatan meluluskan undang-undang membatalkan dua kaedah tradisional pengiraan umur rakyat negara ini yang diguna pakai ketika ini.

Berkuat kuasa Jun 2023, sistem yang dipanggil Zaman Korea tidak lagi dibenarkan pada dokumen rasmi serta hanya kaedah piawaian yang diiktiraf di peringkat global akan digunakan.

Justeru, ini akan menjadikan rakyat Korea Selatan setahun atau dua tahun lebih muda berbanding kiraan umur sekarang.



Yoo Sang-bum dari Parti Kuasa Rakyat memberitahu Parlimen, semakan itu bertujuan mengurangkan kos sosioekonomi yang tidak perlu kerana pertikaian undang-undang dan sosial serta kekeliruan berterusan disebabkan cara pengiraan umur berbeza.

Pada masa ini, kaedah pengiraan yang paling banyak digunakan ialah sistem umur Korea, di mana seseorang itu berumur setahun semasa lahir, kemudian bertambah lagi usianya setahun pada hari pertama setiap tahun baharu.

Dalam satu lagi kaedah berasingan, umur setiap individu juga dikira dari sifar semasa lahir dan setahun ditambah pada 1 Januari.

Kaedah ini wujud terutama untuk mengira umur untuk peraturan umur minimum yang dibenarkan untuk seseorang boleh minum alkohol dan merokok.



Namun, Korea Selatan juga menggunakan sistem yang diiktiraf secara global di mana umur dikira mengikut hari lahir seseorang individu dan hari lahir pertama disambut 365 hari selepas kelahiran.

Sebagai gambaran, setakat 8 Disember 2022, individu yang lahir pada 31 Disember 2002 adalah berusia 19 tahun di bawah sistem antarabangsa, namun dia berusia 20 tahun di bawah sistem pengiraan, serta pada sistem Korea dia berusia 21 tahun.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading