Resepi Kek Marble Kampung

Resepi Kek Marble Kampung
Resepi Kek Marble Kampung

 

Sejak 2-3 hari teringin sangat nak makan kek, dan Che Nom ni penggemar kek yang biasa-biasa aje, yang tak fancy sangat dengan krim atau hiasan yang macam-macam.

Kek Marble Kampung memang kek kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kenapa nama kek marble kampung? Sebab kita guna majerin dalam adunan sebagai ganti kepada butter atau mentega.

Zaman dulu-dulu bukan senang nak cari butter, mahal pulak tu. Kek ni sangat moist, dan lembut. Che Nom buat corak marble belang2 kali ni menggunakan flavour coklat dan original. Mengimbau nostalgia sangat.



 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • 227g / 1 cawan majerin
    • 170g / ¾ cawan gula kastor
    • ½ sudu besar ovalette (optional)
    • 4 biji telur
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 3 sudu besar susu pekat
    • 250g / 2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil serbuk penaik
    • 1 sudu besar serbuk koko
    • 2 sudu besar air panas
    • ¼ cawan susu penuh krim

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Gris loyang dengan majerin dan alas dengan kertas baking
    2. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
  2. Cara-cara untuk adunan coklat:
    1. Bancuh serbuk koko dengan air panas sampai sebati.
    2. Rehatkan sekejap pes.
  3. Cara-cara untuk mix adunan:
    1. Masukkan gula kastor dan majerin dalam mixer dan putar sampai adunan bertukar kuning pucat.
    2. Masukkan ovalette kemudian sambung putar. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji.
    3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
    4. Masukkan susu pekat, susu full cream dan semua baki tepung gandum.
    5. Stop mixer dan sambung kacau dengan spatula. Elakkan terlebih mengadun.
    6. Asingkan ? dari adunan dan masukkan pes coklat, kacau perlahan sampai sekata
    7. Masukkan adunan dalam loyang berselang seli adunan vanilla (plain) dan adunan coklat sampai habis.
  4. Cara-cara untuk bakar kek:
    1. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar 160C selama 50-60 minit.
    2. Sejukkan sebelum keluarkan kek dari loyang.

 

Tip:

 

  • Ayak tepung dan serbuk penaik supaya kek tak padat sangat, ayak akan menghasilkan rongga kepada kek.
  • Rehatkan dan sejukkan pes coklat sebelum masuk dalam adunan takut termasak telur semasa mengadun.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit, jangan masuk sekali gus takut adunan akan pecah jadi susah untuk kacau sebati.
  • Kacau adunan dengan mixer low speed, jangan laju sangat.
  • Jangan terlebih mengadun takut texture kek keras, kering dan jadi tak sedap.

https://my-tv.online/2022/12/10/resepi-kek-pisang/

Kek Marble Kampung

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button