Adakah “Kluster Broker” UMNO cuba lindungi penyelewengan Bersatu?



 

Laporan berita menyatakan bahawa Tengku Zafrul sanggup berkerjasama memberi keterangan apa sahaja yang dikehendaki oleh SPRM berkaitan skandal perbelanjaan RM600 bilion ketika darurat diwaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Persoalan , bagaimana Zafrul yang menjaga kewangan dan kementerian tidak nampak apa yang pihak penyiasat Nampak?

Atau , lebih tepat lagi apa kah Tengku Zafrul tidak melihat perbelanjaan begitu banyak wang dan tidak merasa perlu untuk memberitahu kepada rakyat ada sesuatu tidak kena.

Menurut Anwar Ibrahim, siasatan awal ada unsur2 pelanggaran syarat yang agak serius.



Beberapa laporan juga turut memberitahu bahawa ada pembelian yang di “mark-up’ secara melampau dan pembelian vaksin dan sebagai nya.

Ketepikan hal ini terebih dahulu , mari kita persoal , bagaimana kerajaan yang baru ambil alih boleh mengesan ada beberapa perkara tidak betul dan perlu siasatan tetapi waktu yang sama kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri tidak mengesan nya?

Sudah viral beberapa kisah bekenaan pelbagai skandal seperti Porjek tebatan Banjir , Projek 5G dan juga pembelian vaksin.

Malang nya kesemua hal dan isu ini, sekadar ‘by-pass’ kerajaan Ismail Sabri seolah olah tiada apa yang berlaku.



Kenapa kerajaan DSIS tidak Nampak dan tidak siasat kesemua ini?

Ini jelas membuktikan DSIS sebenar nya dibawah kawalan pihak lain.

Atau mungkin tidak efisien.

Lebih malang lagi , mereka yang berada didalam “kluster Broker” lebih mengutamakan menyerang Presiden sendiri dari melemahkan musuh UMNO ia itu PPBM.



Jika golongan Broker agresif mendedah dan membongkar skandal pihak PPBM dikala pemerintahan Muhiyddn Yassin, peluang UMNO dan BN untuk mendapat lebih kerusi agak cerah , kerana persepsi pihak Parti Bersatu juga miliki imej buruk.

Namun , semua sudah terlambat.

Kini , dilaporkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sedang sibuk menyiasat kes2 perbelanjaan wang dikala darurat dan juga kes wang didalam bilik Muhyiddin Yassin serta penyelewengan lain yang disyaki.

Jika yang terkait nanti orang yang disasar sahaja tidak mengapa, tetapi amat malang jika “Kluster broker” dikira bersubahat kerana tidak mendedahkan nya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker