Iran laksana hukuman mati kedua penunjuk perasaan
Iran laksana hukuman mati kedua penunjuk perasaan
PARIS: Iran melaksanakan hukuman mati terhadap lelaki kedua yang disabitkan bersalah ekoran tunjuk perasaan yang menggoncang rejim selama hampir tiga bulan walaupun menerima bantahan antarabangsa berhubung penggunaan hukuman tersebut terhadap mereka yang terlibat dalam pergerakan itu.
Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran bahawa beberapa individu lain yang ditahan akibat tunjuk perasaan itu berisiko untuk menerima nasib serupa.
Lapor agensi berita kehakiman, Mizan Online, Majidreza Rahnavard dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di bandar Mashhad kerana membunuh dua anggota pasukan keselamatan dengan pisau dan mencederakan empat individu lain.
Lapor agensi itu, Majidreza digantung di khalayak ramai di kawasan bandar, bukannya di dalam penjara.
Pelaksanaan terbaharu itu mencetus kemarahan global selepas Iran melaksanakan hukuman mati pertama yang dikaitkan dengan protes sama Khamis lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
Mohsen Shekari, 23, disabitkan bersalah menyerang anggota pasukan keselamatan dan hukuman gantungnya menerima reaksi kemarahan daripada Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Bantahan berminggu-minggu dicetuskan oleh kematian dalam tahanan wanita, Mahsa Amini yang ditangkap oleh polis moral kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat republik Islam itu terhadap wanita.-AFP
Iran laksana hukuman mati kedua penunjuk perasaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?