Pekerja kilang didenda RM3,500 hina Agong, Permaisuri Agong
Pekerja kilang didenda RM3,500 hina Agong, Permaisuri Agong
MELAKA: Seorang pekerja kilang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini kerana menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong serta dua pemimpin tertinggi negeri ini pada April lalu.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman denda itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Ronney Soo Eng Lee, 44, dan mensabitkannya dengan pertuduhan, meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.
Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu diarahkan untuk mengalihkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta Mohd Ali dan Sulaiman yang digantung di pejabat utama kilang itu oleh pengurus besar.
Ketika melakukan tugasan itu, muncul tertuduh yang mengeluarkan kenyataan penghinaan berkenaan menyebabkan pengadu berasa tidak puas hati kerana ia membabitkan institusi Raja-Raja Melayu dan pemimpin tertinggi Melaka.
Kenyataan tertuduh jelas menunjukkan dia sengaja melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan awam.
Terdahulu, peguam Ishak Mohd Kari merayu hukuman ringan dikenakan kerana anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan pada masa depan.
Katanya, tertuduh juga sudah dikenakan tindakan disiplin oleh majikan susulan kejadian itu dan tidak pernah mengeluarkan perkataan sedemikian lagi selain masih berhubung baik dengan rakan sekerja.
Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan kepada tertuduh.
Pekerja kilang didenda RM3,500 hina Agong, Permaisuri Agong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang
- Barah Sebenar Dalam UMNO
- Kredibiliti kerajaan perpaduan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja