Lemas selepas lari daripada polis

Lemas selepas lari daripada polis

Lemas selepas lari daripada polis
Mayat lelaki dipercayai pengedar dadah ditemui lemas di Sungai Kedah petang tadi. – Foto ihsan JBPM

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang hilang di Sungai Kedah ketika cuba melarikan diri daripada polis di Taman Limau Manis, Jalan Alor Mengkudu ditemui lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui jam 3.40 petang tadi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan.

Beliau berkata, mayat itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat,



“Polis sedang mengesan rakan mangsa berusia 30 tahun yang masih bebas apabila berjaya berenang melepasi sungai itu hari ini.

“Seorang lagi rakan mereka berusia 20 tahun berjaya ditahan dan siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ahmad Shukri berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan Ops Tapis di kawasan berkenaan jam 1 tengah hari tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 



“Semua mereka ini dipercayai pengedar dadah dan siasatan masih dijalankan.

“Anggota kita terserempak tiga lelaki dan sebuah kereta Proton Wira putih di kawasan itu dan mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Seorang daripada mereka sempat berenang melepasi sungai itu, manakala seorang lagi berjaya ditahan polis. Bagaimanapun, seorang lagi ditemui lemas dengan bantuan pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Firdaus Daud berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada polis jam 1.07 tengah hari.



“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Aset bot dari Jalan Raja dan Alor Setar tiba di lokasi untuk membantu operasi pencarian dan mayat lelaki itu ditemui sekitar jam 3.40 petang,” katanya.

Bekas imam jatuh ketika menjala, ditemui lemas



Lemas selepas lari daripada polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button