Budak perempuan 9 tahun mampu angkat berat 75 kg

Oleh – Syeikh Baran


Budak perempuan 9 tahun mampu angkat berat 75 kg
AKSI Arshia Goswami mengangkat berat dengan 75 kg. FOTO Agensi

Arshia Goswami, kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dari Haryana, India, mendapat jolokan Hercules versi wanita selepas menunjukkan keupayaannya mengangkat berat dengan beban 75 kilogram (kg).

Oddity Central melaporkan, Arshia mula menarik perhatian beberapa tahun lalu apabila dia mencipta rekod kebangsaan sebagai atlet angkat berat termuda India, dengan rekod peribadi terbaiknya, 45 kg.



Sejak itu, Arshia terus berlatih dan baru-baru ini, tular video dia selepas mengangkat berat 75 kg, lebih daripada dua kali berat badannya sendiri.

Pencapaian mengagumkan itu dirakamkan dalam video dan dikongsi di laman Instagram (IG) atlet angkat berat muda itu sebelum ia tular.

Walaupun banyak maklum balas positif, dengan orang ramai memuji kekuatan dan bentuk tubuhnya, ada juga segelintir meninggalkan komen dengan menyatakan kebimbangan kerana beban berat itu membawa kesan kesihatan yang serius kepada Arshia.

Arshia jelas bersemangat dalam sukan angkat berat dan pernah mencipta rekod Asia untuk kategori umurnya selepas berjaya melakukan angkatan dengan beban 69 kg dan belum bercadang untuk berhenti dalam sukan itu.



“Wah. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mencuba berat ini ketika saya masih remaja. Setinggi-tinggi penghormatan,” tulis rakan angkat berat.

“Pencapaian luar biasa oleh Arshia Goswami, mempamerkan kekuatan dan keazaman pada usia yang begitu muda! Benar-benar memberi inspirasi kepada semua atlet yang bercita-cita tinggi, ” kata individu lain.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button