Bawa mayat ke bank untuk mohon pinjaman

Oleh – Syeikh Baran


Bawa mayat ke bank untuk mohon pinjaman
WANITA yang dikatakan membawa mayat untuk memohon pinjaman. FOTO Agensi

Polis Brazil, baru-baru ini, menahan seorang wanita yang cuba membuat pinjaman bank atas nama seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.

Ketika kejadian, dia membawa lelaki itu yang diletakkan di atas kerusi roda.



Kakitangan bank yang curiga apabila melihat wanita itu menolak kerusi roda dinaiki lelaki berkenaan, menghubungi pihak berkuasa.

Sejurus pasukan kecemasan tiba, mereka mengesahkan lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia, kata polis dalam satu kenyataan.

Polis presint Bangu, di sebelah barat Rio de Janeiro, menahan wanita itu kerana cubaan mencuri dengan menipu dan menyalahgunakan mayat.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana dan bila lelaki itu meninggal dunia.



Laporan media Brazil berkata, wanita terbabit mendakwa sebagai anak saudara kepada lelaki berusia 68 tahun itu.

Ketika kejadian, tanita itu cuba memohon pinjaman sebanyak 17,000 reais (kira-kira RM15,512) atas nama lelaki berkenaan.

“Wanita itu cuba membuat lelaki itu menandatangani kertas berkenaan.

“Tapi lelaki itu (sebenarnya) sudah meninggal dunia apabila memasuki bank,” katanya kepada agensi berita G1.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading