Sindiket seludup migran tumpas

Sindiket seludup migran tumpas

Sindiket seludup migran tumpas
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. –BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) berikutan penahanan lima individu dalam satu operasi, Jumaat lalu.

Kelima-lima individu berusia antara 31 hingga 49 tahun itu terdiri daripada dua wanita warga Indonesia yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan seorang lelaki warga Indonesia yang berfungsi sebagai ejen.

Turut ditahan dalam operasi jam 7.05 petang itu, dua lagi pegawai Imigresen yang disyaki bersubahat dengan sindiket dan ejen yang menguruskan kemasukan PATI berkenaan.



Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata operasi dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen Putrajaya hasil maklumat perisikan dan maklumat orang awam yang melaporkan terdapat PATI yang disenarai hitam akan diurus kemasukan ke negara ini.

Katanya, berdasarkan modus operandi, ejen akan mengatur kemasukan PATI yang disenarai hitam atas kesalahan lampau dengan kerjasama pegawai Imigresen yang bersubahat di kaunter ketibaan untuk menurunkan cap masuk ke atas PATI berkenaan.

“Pegawai Imigresen terbabit dipercayai menerima upah antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi setiap PATI,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Khairul Dzaimee berkata, PATI yang baru tiba akan dijemput oleh ejen untuk dibawa ke destinasi yang ditetapkan untuk bekerja secara tidak sah.



Katanya, kemasukan PATI juga tidak direkodkan dalam sistem Imigresen oleh pegawai terbabit.

Katanya, kesemua PATI yang ditahan melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan disiasat mengikut akta sama manakala seorang ejen dan dua pegawai Imigresen yang terbabit pula ditahan dan disiasat bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut manakala dua pegawai Imigresen direman tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada awal November lalu, media melaporkan, Imigresen Johor percaya ada anggotanya terbabit kes penyeludupan pendatang PATI susulan penahanan 12 warga Indonesia dengan pasport tanpa cop imigresen, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI).



Berikutan itu, seorang pegawai Imigresen dan enam rakyat India ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui Klia2.

Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Sindiket seludup migran tumpas

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button