Tiga bintang Perancis, Maghribi bakal jadi tumpuan

DOHA: Juara bertahan, Perancis kian hampir untuk mempertahankan trofi dimenangi di Russia 2018, namun terlebih dahulu perlu berdepan pasukan penuh kejutan, Maghribi pada aksi separuh akhir di Stadium Al Bayt, awal pagi esok.

Meskipun Perancis menjadi pilihan sementara Maghribi terus mengintai peluang untuk terus mencipta keajaiban, kedua-dua pasukan masih memiliki ‘tangkal’ yang boleh diharapkan untuk memacu pasukan ke final.

Berikut adalah antara senarai bintang Perancis dan Maghribi yang bakal memainkan peranan utama pada aksi separuh akhir nanti.



Bintang Perancis

Kylian Mbappe

Mbappe menggerunkan lawan menerusi kepantasan yang dimiliki dan dengan lima gol dijaringkan setakat ini selain 21 percubaan dilakukan ke arah gawang lawan, tidak sukar untuk melihat mengapa pemain ini perlu dikawal ketat barisan pertahanan Maghribi

Antoine Griezmann



Pencetus kreatif bagi jentera serangan Perancis dengan merekodkan tiga bantuan gol setakat ini dan dengan tumpuan lebih banyak terarah kepada Mbappe, Griezmann menjadi tonggak secara senyap dan antara pemain yang sedang berada pada tahap terbaik di Piala Dunia 2022

Olivier Giroud

Penyerang veteran ini membuktikan usia bukan halangan dengan empat gol di Qatar, kekuatan fizikal dan pertembungan udara menjadi kelebihan dan begitu berbahaya dalam situasi bola mati dan ketika kelibatnya bagaikan tiada, dia tiba untuk menghadirkan ancaman

Bintang Maghribi



Hakim Ziyech

Pemain Maghribi paling banyak melakukan hantaran lintang (20) dan percubaan ke arah gol (8), jadi bahagian sisi Perancis perlu berwaspada dengan ‘kelicikan’ pemain ini yang gemar masuk ke dalam sebelum melepaskan rembatan deras

Sofyan Amrabat

Berlari sejauh 59.3 kilometer di Piala Dunia setakat ini, kehadiran pemain ini mengukuhkan pertahanan dan membantu jentera serangan dengan gandingan mantapnya bersama Azzadine Ounahi dan Selim Amallah amat penting untuk melaksanakan taktikal ‘pressing’ Maghribi



Yassine Bounou

Hanya ditewaskan menerusi gol sendiri pada kempen kali ini, statistik FIFA merekodkan ketangkasannya menyelamatkan 39 percubaan yang pasti gol sekali gus Maghribi perlu mengharapkan dia dapat terus mengekalkan rentak cemerlang berdepan Perancis

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading