4 lagi mangsa dipercayai masih dalam kapal kargo

4 lagi mangsa dipercayai masih dalam kapal kargo

4 lagi mangsa dipercayai masih dalam kapal kargo
Kapal kargo MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau, Sarawak. – Foto MARITIM MALAYSIA

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak menolak kemungkinan empat lagi kru kapal kargo karam dan terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau, Sarawak terperangkap dalam kapal terbabit.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya dimaklumkan pihak kapal terbabit akan memulakan operasi membuka struktur kapal memandangkan ia sudah terbalik.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan di sekitar kejadian itu bagi mengesan empat lagi kru kapal yang masih hilang.



“Setakat ini, empat daripada lapan kru kapal sudah kita temui dan diserahkan kepada pihak forensik bagi mengenalpasti identiti mangsa.

“Hanya empat yang kita belum jumpa dan salah satu kajian kita, kita percayai mungkin empat lagi kru masih berada dalam kapal itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




“Saya dimaklumkan pihak kapal berkenaan akan mula melakukan operasi mengeluarkan atau membuka kapal kerana kapal ini sudah terbalik,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Operasi Mardof (Op Mardof) 2/2023 di Pejabat Maritim Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah.

Hamid berkata, walaupun tumpuan seterusnya mengesan mangsa dalam kapal terbabit, namun dalam masa sama rondaan juga diteruskan seperti biasa.

“Kita juga tidak saja tertumpu pada kapal kargo berkenaan, malah memperluaskan kawasan pencarian sekiranya mangsa sudah hanyut,” katanya.



Terdahulu, empat daripada lapan kru MV Tung Sung yang dilaporkan hilang selepas kapal kargo itu karam dan terbalik ditemukan lemas lemas, semalam.

Empat mayat itu ditemui terapung oleh nelayan kira-kira 15 batu nautika dari Pulau Burung pada hari ketiga operasi pencarian dijalankan.

Rabu lalu, lapan kru berusia antara 20 hingga 53 tahun hilang dengan daripadanya ialah tiga warga tempatan iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Chuit.

Empat lagi adalah warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo manakala seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.



4 lagi mangsa dipercayai masih dalam kapal kargo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading