Bomba Kedah bantu banjir Kelantan

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menghantar aset dan anggotanya untuk membantu operasi menyelamat dan bantuan banjir di Kelantan berikutan banjir yang semakin buruk di negeri itu.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata setakat ini, sebuah lori bomba bersama dua anggota dihantar ke Kelantan, malam tadi.

Beliau berkata, bantuan dan aset tambahan ke negeri pantai timur itu akan ditambah jika banjir bertambah buruk sepanjang musim tengkujuh ini.



“Kami menerima arahan daripada Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya untuk menghantar bantuan kepada negeri yang dilanda banjir, khususnya Kelantan.

“Kita akan menghantar lebih ramai pegawai dan aset untuk membantu, bergantung dengan arahan Ibu Pejabat JBPM,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Dalam pada itu, Sayani berkata, pihaknya juga bersedia untuk memberi bantuan untuk operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Buat masa ini, beliau berkata, pihaknya belum mendapat arahan untuk membantu operasi berkenaan.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading