Kek Bundt Oren Lembap
Resepi Kek Bundt Oren Lembap, yang memang sangat special dan sedap. Che Nom memang menyukai kek yang sebegini dan kek ini sangat sesuai disediakan kepada tetamu istimewa anda jika ada majlis atau keraian, rupanya juga pasti menarik kerana boleh disediakan di dalam acuan bundt yang berbagai bentuk dan kek ini juga pasti boleh memikat tetamu anda semua.
Resepi diadaptasi dari Ina Gaten di Food Network, tetapi Che Nom ada ubah sedikit mengikut citarasa sendiri. Yang pasti keharuman dari bau parutan kulit oren dan kelembapan yang cukup sempurna membuatkan Che Nom sekeluarga suka sangat dengan hasilnya. Jika anda tidak mempunyai unsalted butter, boleh gunakan salted butter dan tidak perlu lagi masukkan garam ke dalam adunan. Buat peminat bundt cake, anda harus cuba.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kek oren:
- 227gram unsalted butter
- 2 cawan gula kastor
- 4 biji telur, saiz A
- 1/3 cawan parutan kulit oren, dari parutan 6 biji oren
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil garam
- 1/4 cawan perahan jus oren
- 3/4 cawan buttermilk
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla
- Bahan-bahan untuk sirap oren:
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan perahan jus oren
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk sirap oren:
- Satukan gula dan sirap oren. Masak di atas api sederhana sehingga cair.
- Ketepikan dan biar hingga sejuk.
- Cara-cara untuk kek oren:
- Panaskan oven kepada suhu 170?.
- Griskan bundt pan dengan mentega dan kemudian taburkan tepung pada bahagian yang digriskan dengan mentega tadi. Golek-golekkan tin supaya tepung menyaluti tin dengan sekata. Kemudian ketuk perlahan tin supaya lebihan tepung jatuh keluar.
- Dengan mixer, mentega bersama gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan parutan kulit oren dan putar sekata.
- Dengan kelajuan sederhana, masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk mixer.
- Ayak tepung gandum bersama baking soda, baking powder dan garam. Di dalam bekas berlainan, satukan jus oren, buttermilk dan ekstrak vanilla.
- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixer, diselang selikan dengan bahan campuran cecair jus.
- Tuang adunan ke dalam bund pan dan ketuk sedikit di atas permukaan keras supaya ruang udara tidak terhasil di dalam adunan.
- Bakar selama 45minit hingga ke 1 jam, bergantung kepada oven masing-masing.
- Cucuk lidi dan apabila lidi keluar dengan licin bermakna kek sudah masak. Sejukkan kek di atas rak dan kemudian terbalikkan nya dengan perlahan di atas rak penyejuk.
- Gunakan berus pastri dan sapu sirap orend dengan rata di atas permukaan kek. Tujuannya ialah supaya kek menyerap cecair sirap oren dan menambahkan lagi kelembapan dan kesedapan kek.
Tip:
- Jika anda tidak mempunyai buttermilk, boleh gunakan susu biasa sebanyak 3/4 cawan dan campur dengan 2-3 sudu jus lemon.
- Kacau dengan perlahan dan biarkan susu selama 5 minit. Susu akan bertukar menjadi pekat kerana tindakbalas asid dengan susu. Mudah kan? 🙂
Kek Bundt Oren Lembap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?