Polis tumpaskan sindiket bangunkan perisian perjudian, 39 ditahan

Polis tumpaskan sindiket bangunkan perisian perjudian, 39 ditahan

Polis tumpaskan sindiket bangunkan perisian perjudian, 39 ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket yang membangun dan menyelenggara laman sesawang perisian perjudian dalam serbuan di sekitar ibu negara, pada 28 Februari lalu.

Serbuan ke atas sindiket berkenaan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas polis menerima maklumat dan menjalankan risikan terhadap aktiviti sindiket terbabit.



Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata sindiket itu beroperasi di sebalik dua syarikat berasaskan teknologi maklumat dan pengaturcaraan komputer bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan siasatan awal, syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang mengumpul pelbagai jenis permainan judi dalam talian.

“Dalam serbuan ini, kami menahan 39 individu berusia 23 hingga 43 tahun terdiri daripada 22 lelaki dan 10 wanita warga tempatan serta dua wanita warga asing dipercayai pekerja syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, polis juga merampas komputer riba sebanyak 30 unit; sembilan komputer pelbagai jenama; 47 telefon pintar; tiga modem internet; tiga router sambungan internet dan satu pasport milik pekerja warga asing.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Semua individu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Katanya, orang ramai perlu memainkan peranan dalam menyekat aktiviti promosi judi dalam talian di laman sosial ataupun aplikasi telefon pintar dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Bekerja dari rumah: Sukar untuk asingkan kerja dengan aktiviti peribadi



Polis tumpaskan sindiket bangunkan perisian perjudian, 39 ditahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading