Zafran takut air, tak pernah turun walaupun 2 minggu rumah banjir

Zafran takut air, tak pernah turun walaupun 2 minggu rumah banjir

Zafran takut air, tak pernah turun walaupun 2 minggu rumah banjir
Bayi lelaki berusia 15 bulan ditemukan maut selepas terjatuh dari anjung rumahnya di Kampung Gual Tok Deh, di sini. – Foto Ihsan Bomba

RANTAU PANJANG: Bayi berusia 15 bulan, Mohamad Putera Zafran Mohd Ashwadi, yang disashkan mangsa korban pertama banjir di Kelantan dikatakan sangat takut dengan air.

Perkara itu dimaklumkan neneknya, Siti Khadijah Abdullah, 52, yang turut mengesahkan Zafran tidak pernah sesekali pun cuba untuk turun dari rumah selepas kediaman mereka di Kampung Gual Tok Deh, di sini, dinaiki banjir sejak hampir dua minggu.

“Biasanya, cucu saya memang takut dengan air dan tidak pernah sesekali cuba untuk turun dari rumah selepas kediaman kami dinaiki banjir hampir dua minggu.



“Saya reda, mungkin sudah sampai masanya saya kehilangan cucu yang sangat aktif dan petah berkata-kata itu,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya pagi tadi sebelum dilaporkan terjatuh. Bagaimanapun, kejadian mangsa terjatuh itu tidak disedari kakaknya.

Dalam pada itu, Siti Khadijah mengakui hati luluh melihat jasad cucunya itu kaku tidak bernyawa selepas ditemui berdekatan tangga rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ketika kejadian saya dan anak (ibu mangsa, Noriza Che Jusoh, 34) sedang mengemas di bahagian dapur sebelum mendapati Zafran hilang, lalu berusaha mencarinya di seluruh bahagian rumah.



“Kami mula tidak sedap hati sebelum anak bongsu lelaki terus menyelam bebeerapa kali dan menemui cucu saya itu yang sudah kaku berdekatan tangga rumah.

“Kami cuba sedaya upaya untuk menyedarkannya, namun tidak berjaya,” katanya.

Siti Khadijah berkata, cucunya dibawa menaiki lori bomba ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat dan jika semuanya selesai, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual To’Deh, di sini.

“Saya masih terkejut dan sedih, tambahan pula menantu (bapa mangsa) bekerja jauh di Australia dan hanya dimaklumkan kejadian itu melalui telefon,” katanya.



Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu, selepas ditemukan lemas di halaman rumah keluarganya di Kampung Apal, Besut.

Mangsa dipercayai terjatuh kira-kira jam 3 petang, sebelum ditemui tidak bernyawa oleh penduduk kampung pada jarak 20 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata kejadian disedari ibu saudara mangsa ketika bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



Zafran takut air, tak pernah turun walaupun 2 minggu rumah banjir

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button