Operasi SAR tentera laut Thailand hilang diteruskan

Operasi SAR tentera laut Thailand hilang diteruskan

Operasi SAR tentera laut Thailand hilang diteruskan
PASUKAN tentera berkumpul di atas kapal HTMS Kraburi di wilayah Prachuap Khiri Khan bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat anggota tentera laut yang hilang. – AFP

PRACHUAP KHIRI KHAN, Thailand: Pasukan penyelamat menggunakan helikopter untuk meninjau keadaan di Teluk Thailand semalam bagi mengesan puluhan anggota tentera laut negara ini yang hilang selepas kapal dinaiki karam.

Pihak berkuasa Thailand berharap jaket keselamatan dapat dijadikan ‘penyambung nyawa’ 24 anggota tentera yang hilang itu sebelum mereka dapat diselamatkan.

Sehingga kini, pasukan penyelamat menemukan seorang anggota tentera laut yang hilang dan keadaannya dilaporkan baik.



Selain itu, sekurang-kurangnya lima ditemukan lemas.

Seramai 76 tentera laut menaiki kapal HTMS Sukhothai ketika ia karam pada malam Ahad lalu di Teluk Thailand.

Kapal perang HTMS Kraburi berlepas dari pelabuhan untuk menyambung semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada awal pagi semalam, selain dibantu dua helikopter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 




“Kami berharap dapat temukan mangsa terselamat kerana mereka mempunyai jaket keselamatan.

“Namun, mereka pasti berdepan keadaan sukar memandangkan keadaan laut yang bergelora, selain keletihan,” kata pegawai tentera laut, Narong Khumburi.

Lokasi pencarian dilakukan di kawasan kapal tersebut karam.

Komander HTMS Kraburi, Kraiwit Kornraweeprapapitch berkata, keadaan cuaca yang lebih baik berbanding sebelum ini membantu mereka melakukan operasi SAR dengan lebih menyeluruh.



Beliau menyatakan, kapalnya berserta 176 kru akan menyertai satu lagi kapal, HTMS Angthong, HTMS Naresuan dan HTMS Bhumibol Adulyadej melakukan operasi SAR di kawasan sekitar.

“Ketika ini, kami melakukan pemantauan menggunakan helikopter, selain turut menggunakan khidmat penyelam profesional, namun pasukan itu belum dikerahkan turun ke laut,” kata Kraiwit.

HTMS Sukhothai dilaporkan mengalami masalan enjin sebelum dibadai angin kencang dan dimasuki air lalu karam.

Sistem operasi kapal tersebut tidak berfungsi menyebabkannya hilang kawalan. – AFP



Tanah runtuh: Seorang anggota APM cedera ketika misi SAR

Operasi SAR tentera laut Thailand hilang diteruskan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button