Pandu kereta curi langgar motosikal

Pandu kereta curi langgar motosikal

Pandu kereta curi langgar motosikal
Tangkap layar video yang memaparkan kejadian kemalangan membabitkan seorang penghantar makanan yang dilanggar sebuah kereta sebelum pemandu kereta melarikan diri di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Johor Bahru, semalam. NSTP/Video tular

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Proton Wira yang disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata sehingga kini pemandu lelaki itu belum tampil membuat laporan polis.

Bagaimanapun, katanya, Proton Wira yang terbabit dalam insiden itu dan disahkan kenderaan curi sudah ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, hari ini.



“Polis menerima laporan mengenai sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan, kira-kira jam 8 malam semalam.

“Kereta itu kemudian melanggar penunggang motosikal Honda Wave yang sedang berhenti di persimpangan jalan sebelum melarikan diri dengan memandu secara melawan arus.

“Penunggang motosikal cedera pada belakang badan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Proton Wira itu dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah, kelmarin dan ditemui kira-kira jam 10 pagi tadi tanpa pemandu.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa, manakala bagi kesalahan jenayah, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kami meminta orang ramai yang ada maklumat berkaitan kemalangan ini supaya menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBU di talian 07-5563122,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 45 saat tular di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan seorang penghantar makanan yang dilanggar sebuah kereta sebelum pemandu kereta melarikan diri.

Polis tahan 2 lelaki curi 87 motosikal



Pandu kereta curi langgar motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading