Puteri Sarah Liyana tak dapat jangka apa bakal berlaku
Kemelut rumah tangga belum berkesudahan, tapi harap perkara positif

Tidak dapat menjangkakan apa bakal berlaku pada dirinya tahun depan, Puteri Sarah, 37, bagaimanapun tetap berharap ada perkara baik menantinya dan anak-anak.
“Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu positif bakal berlaku… harap semua doakan benda baik untuk saya dan anak-anak.

Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes at Four Season Place, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Puteri Sarah mengelak menjawab pertanyaan sama ada dia bakal mengambil jalan berpisah atau pun sebaliknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
Sebaliknya perkara itu di luar pengetahuannya memandangkan hanya Allah dapat menentukan tentang soal jodohnya dengan Syamsul.
“Saya dah lama reda sebaik buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau berasa menyesal.
“Jadi azam tahun depan, semoga saya dapat sinar kebahagiaan walau apa pun keputusan yang saya pilih selepas ini,” katanya.
Saya dah lama reda sebaik buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau berasa menyesal.
PUTERI SARAH LIYANA
PELAKON
Puteri Sarah juga berkata, dia langsung tak menyangka tindakan berani mendedahkan kehadiran orang ketiga sekali gus mengambil tindakan mahkamah mendapat perhatian dan sokongan terutama dalam kalangan wanita.
Jelasnya, ia sekurang-kurangnya mendatangkan keberanian dalam diri wanita senasibnya untuk bertindak dan mempertahankan hak dan diri masing-masing
“Ada yang marah saya buat pendedahan tersebut tetapi kepada yang mengalami nasib sama seperti saya jangan takut bertindak. Jangan menzalimi diri dan sila keluar daripada perhubungan toksik,” ujarnya.

Untuk rekod, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Puteri Thailand terima bantuan sokongan jantung, paru-paru, buah pinggang
Puteri Sarah Liyana tak dapat jangka apa bakal berlaku
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :