Piala AFF B-23: Skuad muda Harimau Malaya muncul juara kumpulan

Piala AFF B-23: Skuad muda Harimau Malaya muncul juara kumpulan

Piala AFF B-23: Skuad muda Harimau Malaya muncul juara kumpulan
Penyerang muda negara, Alif Ikmalrizal muncul wira apabila meledak dua gol ketika menewaskan Timor Leste 3-1 sebentar tadi. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pasukan bawah 23 (B-23) negara mengesahkan status selaku juara Kumpulan B saingan Piala AFF B-23 selepas menewaskan Timor Leste 3-1 pada aksi di Stadium Rayong, Thailand sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad negara kendalian E. Elavarasan itu membariskan kesebelasan terbaik Alif Ikmalrizal Anuar, Aliff Izwan dan Aiman Afif menguatkan jentera serangan pasukan.

Ikmarizal tidak mensiakan kepercayaan yang diberi apabila meledak gol seawal minit kelima untuk memastikan pasukan dapat memulakan aksi dengan bergaya.



Momentum cemerlang diteruskan oleh rakan segandingan, Aliff Izwan dengan penyerang pasukan Selangor FC itu menggandakan kelebihan berselang lapan minit kemudian.

Namun, Timor Leste merapatkan kedudukan menjadi 1-2 selepas Olagar Xavier menjaringkan gol pada penghujung babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Ikmarizal sekali lagi muncul wira skuad muda Harimau Malaya untuk menjaringkan gol kedua hasil penyudah menarik pada minit ke-64.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ketika saingan berbaki 20 minit tetapi kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.



Skuad B-23 negara akan menentang Vietnam pada aksi separuh akhir di venue yang sama pada Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Piala AFF B-23: Skuad muda Harimau Malaya muncul juara kumpulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button