Mengapa Masih Tiada Tindakan Ke Atas Saki Baki Pengkhianat UMNO?

Mengapa Masih Tiada Tindakan Ke Atas Saki Baki Pengkhianat UMNO?
Gambar Hiasan

Mengapa Masih Tiada Tindakan Ke Atas Saki Baki Pengkhianat UMNO?

Akar umbi semakin resah apabila melihat krisis dalaman UMNO yang dilihat seperti tiada penghujung.

Sudah menjadi rahsia umum, ada pengkhianat yang telah menyebabkan UMNO Sabah hampir lumpuh pada tahun 2018.

Juga bukan lagi rahsia, pengkhianat yang sama telah memujuk dan menghasut beberapa ahli parlimen UMNO supaya melompat ke PPBM selepas PRU 14.



Dan orang yang sama juga, selepas PRUb15 telah terbang ke Sarawak untuk menipu pemimpin GPS supaya memberikan sokongan kepada PN untuk bentuk kerajaan.

Susuk tubuh yang sama juga telah menghasut 10 orang ahli parlimen supaya menandatangani SD supaya menyokong PN selepas PRU 15.

Kini pemimpin yang sama telah dikenal pasti sedang menyusun strategi untuk merampas jawatan presiden parti pada pemilihan yang akan datang.

Mengapa pengkhianat ini masih dibiarkan berleluasa meneruskan hasutan demi hasutan dalam UMNO.



Membiarkan pengkhianat ini bergerak bebas di dalam UMNO adalah ibarat UMNO membiarkan ular yang berbisa bergerak bebas di dalam rumah agam UMNO.

Realitinya, pengkhianat ini tidak akan puas hati selagi UMNO tidak dapat dimusnahkan dan maruah UMNO dilacurkan kepada PPBM.

Kepimpinan UMNO tidak boleh berterusan bersikap berlapang dada.

Sikap berlapang dada terhadap pengkhianat ini adalah ibarat UMNO menyerahkan pisau kepada orang yang dikenal pasti mahu membunuh UMNO.



Ini bukan berlapang dada namanya tetapi ini adalah ibarat menyerahkan tengkuk untuk disembelih oleh pengkhianat tersebut.

Ingat, semakin lama dibiarkan pengkhianat ini bergerak bebas, maka akan semakin rapuh rumah agam UMNO.

Jangan takut kepada perpecahan dalaman UMNO sekiranya pengkhianat ini disingkirkan.

Akar umbi UMNO pasti faham mengapa manusia sebegitu mesti disingkirkan dari rumah agam UMNO.



Yang akar umbi tidak faham ialah mengapa manusia pengkhianat itu masih dibiarkan bergerak bebas dalam rumah agam UMNO!!!

 

Mengapa Masih Tiada Tindakan Ke Atas Saki Baki Pengkhianat UMNO?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button