Syaitan Bertopengkan Manusia! Wanita Trauma Kena ‘Ganggu’

Seorang individu berkongsikan kisahnya mengalami gangguan seksual sejak berusia enam tahun telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet di media sosial.

Masukkan ‘burung’ semasa tengah tidur

Menerusi perkongsian tangkap layan daripada aplikasi NGL, individu yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa bahawa dirinya pernah dicabul kehormatan oleh bapa saudaranya sendiri semasa masih tadika.

Difahamkan, pakciknya itu bertindak memasukkan zakar sewaktu wanita tersebut sedang tidur. Akibat terlampau takut dan masih mentah, wanita itu tidak mampu untuk mempertahankan dirinya.



Pakcik, sepupu sama naik

Lebih mengejutkan, pakciknya juga pernah meminta untuk dirinya melakukan tindakan lagi ‘ekstrem’ namun ditolak oleh wanita tersebut.

Paksu saya pernah suruh kemam dia ‘punya’ juga tapi saya tak buat sebab geli dan takut.

Malah, sepupunya juga hampir untuk merogol individu berkenaan dengan menyuruhnya baring dan menindih badannya tetapi dia berkeras untuk tidak berbuat demikian kerana ketakutan.

Rasa benci, tak boleh maafkan

Ujar wanita itu lagi, selepas menginjak usia dewasa, dia tidak mampu untuk memaafkan perbuatan keji daripada saudaranya malah rasa benci semakin membuak-buak apabila melihat wajah mereka.



Saya tak boleh nak maafkan diorang. Semua dah ada anak tapi kenapa buat saya macam ini?

Dia turut menambah dengan mengatakan kejadian gelap itu menyebabkan dirinya trauma dan sukar untuk mempercayai orang lain. Malah, dia juga mendedahkan bahawa dia tidak mampu untuk memberitahu ibunya kerana risau akan berlaku pergaduhan.

Sumber: Twitter




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading