Tompokan mani pada cadar, bantal jadi bukti Inspektor rogol juvana
Tompokan mani pada cadar, bantal jadi bukti Inspektor rogol juvana
ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan membuat laporan mendakwa menjadi mangsa rogol pegawai penyiasat berpangkat Inspektor ketika berada di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini, pada Rabu lalu.
Laporan polis berkenaan dibuat mangsa berusia 16 tahun terbabit Sabtu lalu, mendakwa dirogol Inspektor terbabit ketika berada dalam bilik pejabat pegawai berkenaan di IPD itu, kira-kira jam 6.30 petang.
Sumber berkata, mangsa pada mulanya diarah Inspektor berusia 30-an itu ke IPD untuk hadir membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri mangsa.
“Ketika berada dalam bilik, Inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu, memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.
“Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,” katanya.
“Pegawai polis itu kemudian memegang kemaluan mangsa dan diminta supaya baring atas katil yang ada dalam bilik berkenaan dalam keadaan bogel,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?
Menurutnya, pada masa sama pegawai berkenaan gagal mengawal nafsu merogol remaja terbabit.
“Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.
“Walaupun takut namun mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mangsa mendakwa yang kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan selepas itu dia diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.
“Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.
“Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan dan penahanan pegawai berkenaan namun enggan mengulas lanjut keana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.
Tompokan mani pada cadar, bantal jadi bukti Inspektor rogol juvana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15
- Mohamad Hasan dijangka kekal sebagai Timbalan Presiden
- Calon popular Ketua Pemuda Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN