Polis buru suspek baling bom petrol

Polis buru suspek baling bom petrol

Polis buru suspek baling bom petrol
Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan individu yang disyaki membaling bom petrol di sebuah kediaman di Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram di sini pada 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi.



Sementara itu, mangsa berusia 52 tahun berkata keluarganya sudah menyalurkan semua maklumat berkaitan kepada pihak polis dan bersedia memberi kerjasama bagi siasatan.

Menurutnya, selepas kejadian, keluarganya tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada sindiket ceti haram berkenaan.

“Apapun kami masih bimbang dengan keselamatan keluarga hingga teragak-agak untuk menjawab telefon daripada individu tidak dikenali.

“Kami berharap pihak polis dapat memberkas individu berkenaan dan mengambil sesuai,” katanya.



Pada 31 Disember lalu, media melaporkan tiga beradik menjadi mangsa ceti haram selepas adik ipar lelaki berhutang dengan ceti haram di Singapura.

Keluarga berkenaan juga terkilan apabila rumah dibaling bom petrol pada 21 Disember lalu.

Kesemua mangsa menjadi sasaran sindiket berkenaan biarpun tiada kaitan dengan urusan pinjaman wang berkenaan.

Kejadian berlaku pada jam 2.30 awal pagi pada 21 Disember lalu di kediaman keluarga mangsa di Jalan Denai 38, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram.



Mangsa mendapati seorang lelaki tidak dikenali membaling botol api dipercayai bom petrol di halaman rumah dan ia mengakibatkan pagar rumahnya selain sebahagian belakang kereta memiliki kesan kebakaran.

Mangsa yakin kejadian berkenaan berpunca daripada adik ipar yang berhutang sejumlah SGD1,000 (RM3,285) daripada ceti haram.

Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN



Polis buru suspek baling bom petrol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button