Zionis makin agresif ‘cari pasal’ dengan Syria
Zionis makin agresif ‘cari pasal’ dengan Syria
DAMSYIK: Tentera Israel melancarkan serangan peluru berpandu yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik semalam, menyebabkan empat maut termasuk dua anggota tentera negara ini.
Lapor agensi berita SANA, kejadian itu berlaku pada pukul 2 pagi waktu tempatan, selain tentera Zionis turut menyasarkan kawasan sekitar lapangan terbang berkenaan.
SANA memaklumkan, serangan terbabit meragut dua nyawa tentera Syria dan mengakibatkan lapangan terbang tersebut tidak boleh beroperasi.
Dalam pada itu, Ketua bagi Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdul Rahman berkata, serangan itu dipercayai menyasarkan ‘kedudukan Hezbollah dan kumpulan pro-Iran di dalam lapangan terbang dan sekitarnya, termasuk gudang penyimpanan senjata’.
Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel sudah melancarkan ratusan serangan udara terhadap negara ini, terutamanya menyasarkan tentera kerajaan dan kumpulan pejuang yang disokong Iran dan Hezbollah.
Zionis sehingga kini jarang mengulas laporan mengenai serangan yang dilancarkan, namun negara haram itu berulang kali menegaskan mereka tidak akan membenarkan musuh utama yang merujuk kepada Iran bertapak di Syria.
Kali terakhir lapangan terbang itu tidak beroperasi adalah pada Jun lalu, selepas serangan udara Israel.
Serangan udara semalam berlaku selepas Syria yang berdepan dengan perang saudara tidak berkesudahan merekodkan angka kematian tahunan paling rendah sejak konflik bermula lebih sedekad lalu.
Menurut angka yang diperoleh Hak Asasi Manusia Syria di Britain, sekurang-kurangnya 3,825 orang maut dalam perang Syria pada tahun lalu, iaitu menurun 3,882 daripada tahun sebelumnya. – AFP
Zionis makin agresif ‘cari pasal’ dengan Syria
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15
- Mohamad Hasan dijangka kekal sebagai Timbalan Presiden
- Calon popular Ketua Pemuda Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN