Sindiket pengedaran dadah ke luar negara tumpas

Sindiket pengedaran dadah ke luar negara tumpas
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah menunjukkan dadah syabu dan ekstasi yang dirampas pada sidang di IPD Jasin, hari ini. – Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

Sindiket pengedaran dadah ke luar negara tumpas

MELAKA: Lapan individu termasuk dua pasangan suami isteri yang disyaki aktif dalam aktiviti pengedaran dadah ke luar negara, ditahan polis bersama dadah bernilai RM3.8 juta, pada Rabu lalu.

Tangkapan membabitkan dadah yang beratnya hampir 100 kilogram itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata kesemua suspek termasuk dua wanita yang berusia antara 28 hingga 48 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Merlimau, Melaka dan Selangor.



Beliau berkata, tangkapan di lokasi pertama di Serkam, Jasin, pada 3 petang, yang dilakukan di dalam dua kereta dan sebuah rumah berjaya menahan lima suspek termasuk dua wanita.

“Dengan tertangkapnya suspek itu, ia kemudian membawa kepada tiga lagi serbuan lain dan suspek terakhir ditahan di Petaling Jaya pada jam 8.30 malam hari sama.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan di dalam rumah di lokasi pertama, polis menemui 80 bungkusan berwarna hijau dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dan sembilan bungkusan dipercayai pil ekstasi.

“Pasangan suami isteri yang berusia 28 dan 43 tahun turut ditahan dalam rumah terbabit manakala satu pasangan lagi di dalam kereta di hadapan rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, hari ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati kumpulan ini yang turut dianggotai beberapa nelayan tempatan, aktif sejak setahun lalu.

“Malah hasil siasatan awal dilakukan, suspek mendakwa kesemua dadah itu adalah untuk edaran ke luar negara.

“Bagaimanapun, bekalan dari mana dadah ini diperoleh masih dalam siasatan selain risikan dijalankan hasil daripada maklumat awam,” katanya.



Zainol berkata, semakan lanjut dijalankan mendapati hanya suspek pertama dan keenam sahaja yang mempunyai rekod lampau membabitkan dadah dan kes curi, selain ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif.

“Antara yang dirampas bersama suspek adalah empat kereta, tiga motosikal, pelbagai barangan kemas dan sejumlah wang tunai.

“Kesemua barangan yang dirampas termasuk dadah dianggarkan bernilai hampir RM4.1 juta dan kesemua suspek kini direman sehingga Rabu depan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dijalankan,” katanya.

Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .



 

Sindiket pengedaran dadah ke luar negara tumpas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button