Tart Nenas Gulung Resepi Lengkap Hari Raya
Kali ini jom kita tengok cara-cara untuk buat kuih no.1 kegemaran Che Nom iaitu Tart Nenas. Tart nenas ni ada banyak jenis, dan biasanya Che Nom akan buat versi tart nanas gulung. Ada 2 bahagian dalam video ni, yang pertama cara untuk sediakan inti atau jem nanas homemade, kita hasilkan inti nanas dari buah fresh, dan kemudian masak sehingga pekat keemasan.
Bahagian kedua, Che Nom akan sediakan tart nenas, dan resepi kali ni adalah upgrade dari resepi pada video Che Nom yang lepas, dan test betul-betul, sukatan pun lebih tepat dalam cawan dan gram. Hasil nanti kita akan dapat tart nanas yang tak mudah pecah, tekstur yang gebu dan cair di mulut bila makan. Kena pula dengan inti nanas yang masam manis tu, memang terbaik.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk inti nanas:
- 2 biji nanas
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan
- 1 cawan gula
- ½ sudu kecil garam **jika guna mentega unsalted
- Tambah lagi 1 cawan gula
- Bahan-bahan untuk tart nanas:
- 250g (1 cawan) mentega
- 375g (3 cawan) tepung gandum
- 60g (½ cawan) tepung jagung
- 20g (2 sudu besar) tepung kastad
- ½ sudu kecil garam
- 2 kuning telur
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 kuning telur
- 14g (1 sudu besar) gula kastor
- Bahan-bahan untuk sapuan telur:
- 2 kuning telur
- 2 sudu besar minyak
- Sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk inti nenas:
- Kisar potongan kiub nenas agak halus tanpa air.
- Tapis jus nenas (pilihan)
- Masak nanas yang dikisar bersama kayu manis, bunga cengkih, simpulan daun pandan dan gula. Reneh dan masak sehingga pekat.
- Selepas kelihatan pekat, masukkan sedikit garam dan tambah gula mengikut citarasa.
- Tutup api dan sejukkan inti nenas.
- Kemudian, bulatkan inti nenas menggunakan tapak tangan dan tekan sedikit berbentuk membujur.
- Cara-cara untuk tart nenas:
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard lalu masukkan sedikit garam.
- Masukkan susu pekat kedalam bekas mentega lembut dan kacau bahan.
- Masukkan kuning telur, gula kastor dan bahan ayak iaitu tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati sehingga adunan menjadi cukup lembut.
- Cara-cara untuk tart nenas gulung:
- Selepas adunan doh siap, tekan adunan memanjang menggunakan acuan diatas loyang.
- Susun inti nenas dan gulung perlahan-lahan sehingga doh bercantum lalu potong doh. Kemaskan bahagian tepi dan ulang sehingga siap kesemuanya.
- Sebelum dibakar, sapukan satu per satu tart dengan adunan telur kuning yang dicampur minyak masak dan sedikit pewarna kuning didalamnya.
- Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing.
- Sejukkan sepenuhnya tart nenas gulung yang telah dibakar dan kemudian, boleh disusun kedalam bekas kedap udara.
Tip:
- Tidak perlu kerap menggacau bahan inti nenas dan reneh dengan api yang perlahan sehingga pekat. Namun, jika inti sudah mula pekat, harus pula mengacaunya sehingga inti tidak berair dan betul-betul menjadi pekat.
- Jika mahu bulatkan inti nenas, sapukan sedikit minyak masak di tangan bagi menggurangkan melekat.
- Selain mentega, boleh saja gantikan dengan marjerin untuk tart nenas.
- Jika menggunakan mentega bergaram, tidak perlu tambah garam kedalam bahan kering tart nenas.
- Kuantiti tepung dimasukkan kedalam adunan sehingga adunan menjadi dan lembut. Jika doh menjadi lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit. Namun, jika doh keras, tambah mentega dan adun sehingga doh menjadi lembut.
- Jika mahukan sapuan telur yang lebih tebal, sapu pula lapisan kedua selepas kering sapuan pertama
- Gunakan berus pastry atau berus silicon yang lembut. Pastikan sapuan yang dibuat tidak menekan permukaan tart agar permukaan tart tidak rosak.
Tart Nenas Gulung Resepi Lengkap Hari Raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Team ‘The Alternative’ kuasai pemilihan Umno
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .