Dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air

Dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air

Dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air

JAKARTA: Pemilik rumah mewah terbiar di Cakung, Jakarta Timur yang diselamatkan baru-baru ini dilaporkan sering menolak bantuan daripada penduduk setempat mahupun kerajaan kerana merasakan masih mampu menampung kehidupan diri dan anaknya.

Ketua Kampung Jatinegara, Slamet Sihabudin mengesyaki Eny Sulkaesih, 58, sanggup memilih untuk hidup tanpa bekalan elektrik dan air selama bertahun-tahun kerana malu dengan statusnya yang kaya raya suatu ketika dulu.



“Ya, memang begitu, dia tolak bantuan dan sanggup hidup tanpa elektrik kerana dia asalnya orang kaya. Jadi dia tidak mahu dibantu,” kata Slamet di Kompleks PLN, Jatinegara semalam.

Dakwa Slamet, penduduk setempat sering memberikan bantuan kepada Eny, namun ditolak mentah-mentah.

Penduduk tetap berusaha membantu dengan memberi kerja kepada anak tunggal Eny, Pulung Mustika Abima atau dipanggil Tiko, 23, sebagai pengawal keselamatan kompleks.

“Tiko seorang anak yang taat kepada ibunya. Dia perlu meminta kebenaran ibunya berkenaan apa sahaja. Dia tinggal di rumah milik Eny, jika diberi bantuan sosial memang dia tidak mahu,” katanya.



Kisah dua beranak itu viral baru-baru ini selepas penduduk datang untuk membantu membersihkan rumah mereka dan membawa Eny yang uzur ke hospital.

Dua beranak tersebut tinggal dalam keadaan daif di rumah mewah yang terbiar selama lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air.

Tiko terpaksa berhenti sekolah dan mengambil tanggungjawab menjaga ibunya selepas wanita itu mengalami depresi akibat kematian suaminya yang diburukkan lagi apabila keluarganya jatuh muflis.-AGENSI

40 warung warga asing, terbiar diroboh



Dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button