Pelarian Eritrea paling dikehendaki di dunia ditahan

Pelarian Eritrea paling dikehendaki di dunia ditahan

Pelarian Eritrea paling dikehendaki di dunia ditahan
MIGRAN-migran diselamatkan pertubuhan kemanusiaan maritim Eropah, ‘SOS Mediterranea’ selepas belayar di kawasan perairan Libya dari Laut Mediterranean. -AFP

KHARTOUM: Pelarian Eritrea paling dikehendaki di dunia kerana terlibat dalam penyeludupan manusia ditahan di Sudan dengan bantuan koordinasi pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan Al Jazeera, Kidane Zekarias Habtemariam didakwa menjadi raja penyeludup dan mengendalikan kem pelarian di Libya yang menempatkan ratusan migran Afrika Timur yang mengintai laluan ke Eropah.

Pelarian Eritrea paling dikehendaki di dunia ditahan
KIDANE Zekarias Habtemariam akhirnya ditahan pihak berkuasa Sudan selepas berada dalam radar Interpol sejak 2019.-AGENSI

Bagaimanapun, kebanyakan pelarian berkenaan juga didakwa diculik, dirogol dan diperas keringat mereka.

Menteri Dalam Negeri UAE, Saeed Abdullah al-Suwaidi berkata, Habtemariam menjadi subjek notis merah bagi dua Interpol iaitu dari Ethiopia dan Belanda serta ditahan pada 1 Januari lalu oleh polis Sudan dengan bantuan pihak berkuasa UAE.

Lelaki Eritrea itu dikatakan berada dalam radar polis sejak 2019, terkenal dengan kekejaman dan keganasannya dalam melayan migran-migran.

“Kami kini menutup satu daripada laluan trafik penyeludup di Eropah di mana secara haramnya menjadi laluan untuk memindahkan ribuan migran dari Eritrea, Ethiopia, Somalia dan Sudan menerusi Libya serta ke Eropah,” kata Saeed Abdullah dalam satu kenyataan.

“Kini, lelaki berkenaan berdepan dengan pendakwaan di UAE bagi kesalahan pengubahan wang haram dan pihak berkuasa negara itu akan menilai semula kemungkinan ekstradisi selepas kes berkenaan ditutup di UAE,” kata Saeed Abdullah.

Habtemariam pernah ditahan di Ethiopia pada 2020 tetapi terlepas daripada tahanan selepas satu tahun.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran (secara fizikal) ke negara itu.-AFP

 

Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

Pelarian Eritrea paling dikehendaki di dunia ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker