Siasatan SPRM hanya sekadar tajuk berita?

Mana hasil siasatan terhadap 3 individu ini?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Siasatan SPRM hanya sekadar tajuk berita?

Pendedahan sebuah stesen televisyen berkaitan siasatan SPRM hanya sekadar menjadi tajuk berita? Kebelakangan ini SPRM banyak membuat siasatan serta beberapa siri tangkapan berkaitan rasuah, namun ada juga siasatan SPRM yang tersadai di Pejabat Peguam Negara tanpa tindakan lanjut.



Menyentuh hal tersebut, sebagai perbandingan, siasatan SPRM terhadap bekas Gabenor Bank Negara dan seorang Hakim masih belum ada titik noktah.

SPRM mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan yang akan diberikan oleh Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN MALAYSIA -29/9/2022



Jika siasatan SPRM terhadap 2 figura tersebut hanya sekadar penghias dada portal berita, apa yang boleh diharapkan dengan siasatan SPRM terhadap bekas Perdana Menteri dan menantunya seperti dilaporkan BULETIN TV3?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.

FMT dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low. – mykmu.net – 30/1/2022

Sudah pasti intergriti SPRM menjadi bahan bualan orang ramai apabila memperkatakan mengenai tindakan lanjut selepas selesai siasatan. 



Sebagai sebuah Agensi, SPRM tidak boleh diperlecehkan kerana segala siasatan yang dijalankan sangat kritikal bila melibatkan nama-nama besar tanahair.

Dalam laporan semalam, siasatan SPRM tertumpu kepada kemungkinan salah guna kuasa berlaku dalam pemberian kontrak bagi projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Untuk SPRM kembali mendapat kepercayaan sepenuhnya dari rakyat, agensi tersebut perlu lebih berwibawa menyelesaikan serta mengheret individu yang dikaitkan dengan siasatan-siasatan sebelum ini.

Ini penting untuk memulihkan imej SPRM sendiri yang telah tercemar ketika diketuai oleh individu yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 2018.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button