Jom Dengarkan Jazz Bertemu Joget Dalam ‘Joget Jiwa Lara’
Jom Dengarkan Jazz Bertemu Joget Dalam ‘Joget Jiwa Lara’
Joget Jiwa Lara, nyanyian Didie Shazry merupakan single kedua daripada Joget Made In Malaysia yang telah dilancarkan di WTC, Kuala Lumpur Oktober lalu.
Hasil Penerbitan Pelajar UPSI
Lagu ini adalah ciptaan Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya adalah tulisan penulis lirik Azam Dungun.
Lagu Joget Jiwa Lara adalah hasil penerbitan pelajar – pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), daripada Fakulti Muzik Seni Persembahan daripada nyanyian, penggubahan serta pemuziknya.
Bekerjasama Dengan Luncai Emas
Didie Shazry adalah pelajar graduan Diploma Muzik manakala Hazim Yunan dan Amrul Amran adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Azam Dungun pula adalah pensyarah mereka.
Empat institut pengajian tinggi awam telah dipilih untuk bekerjasama dengan Luncai Emas dalam penerbitan album Joget: Made In Malaysia.
Berkecimpung Sejak Umur 11 Tahun
Didie Shazry, yang berasal dari Sabah, mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak umur 11 tahun dan menyanyi sambil bermain bass untuk band sendiri, Akar Rimba.
Luncai Emas Sdn Bhd berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat, tua dan muda dan daripada radio, televisyen, media cetak dan elektronik.
Lagu Joget Jiwa Lara berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan dan boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dll, dan video muziknya juga boleh dilihat di saluran Youtube Luncai Emas tidak lama lagi.
Jom Dengarkan Jazz Bertemu Joget Dalam ‘Joget Jiwa Lara’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :