China buka semula sempadan negara
China buka semula sempadan negara
BEIJING: Ramai pengunjung mula berpusu-pusu memasuki China melalui laluan darat dan laut dari Hong Kong ketika Beijing membuka pintu sempadan negara yang ditutup akibat penularan pandemik Covid-19 sejak 2020.
Selepas hampir tiga tahun, kerajaan China akhirnya kembali membuka semula pintu sempadan negaranya dengan Hong Kong, selain menamatkan syarat menjalani kuarantin kepada pelancong asing yang mengunjungi republik itu.
Seorang penduduk Hong Kong bernama Teresa Chow berkata, dia berasa sangat gembira dan teruja kerana akhirnya dapat pulang untuk berjumpa dengan ibu bapanya.
“Sudah lama saya tidak berjumpa dengan ibu bapa saya. Mereka tidak sihat dan ketika itu sempadan tertutup.
“Saya kini berasa amat gembira kerana dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan mereka,” katanya ketika dia bersama puluhan pengunjung lain berada di pusat pemeriksaan Lok Ma Chau Hong Kong untuk melakukan perjalanan ke China.
Sejak bulan lalu, China mula melonggarkan beberapa sekatan ketat dilaksanakannya membabitkan kuarantin wajib, ujian saringan besar-besaran, sekatan pergerakan dan perintah berkurung yang dilihat melumpuhkan ekonomi kedua terbesar dunia itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
Justeru, para pelabur berharap pembukaan semula pintu sempadan negara itu akan memulihkan semula ekonomi China yang mengalami pertumbuhan paling rendah dalam tempoh hampir 50 tahun lalu.
Bagaimanapun, langkah menarik balik dasar sifar Covid-19 secara mendadak mencetuskan gelombang besar kes jangkitan Covid-19 yang membebankan kebanyakan hospital dan mengakibatkan gangguan kepada perniagaan.
Pintu sempadan China dibuka ketika tempoh perayaan `Chun Yun’ yang bermula kelmarin, yang dikenali sebagai penghijrahan tahunan berskala terbesar di dunia apabila penduduk pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga.
Sementara itu, kerajaan China memaklumkan kira-kira dua bilion penduduk dijangka melakukan perjalanan pada musim ini.
Jelasnya, jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding pergerakan tahun lalu, selain merangkumi 70 peratus daripada bilangan direkodkan pada 2019.
Ramai penduduk China juga dijangka melancong ke luar negara, walaupun beberapa kerajaan asing bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 di Beijing dan bertindak mengenakan pelbagai sekatan ke atas pelancong dari republik itu. -REUTERS
China buka semula sempadan negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :