Wanita maut kereta rempuh belakang lori

Oleh – Syeikh Baran


Wanita maut kereta rempuh belakang lori
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 37 Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Lipis hari ini.

Perjalanan pulang beraya sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penumpang hadapan, Sharifah Abu Bakar,69, yang merupakan ibu kepada pemandu kereta jenis Proton Wira.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama anak, menantu dan tiga cucunya dalam perjalanan dari Machang, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka di Puncak Alam, Selangor.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan kayu getah.

“Akibat kejadian penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di Klinik Kesihatan Merapoh di sini.



Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading