‘Jelaskan kelewatan pembinaan kolam selam tempur’

Oleh – Syeikh Baran


‘Jelaskan kelewatan pembinaan kolam selam tempur’
Kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang masih dalam pembinaan. IHSAN FACEBOOK

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing menjelaskan punca kelewatan pembinaan.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, kolam tersebut sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 namun sehingga kini masih dalam pembinaan.



“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan.

“Dan pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan.

“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah agar papan tanda berkenaan dipasang semula di tapak projek pembinaan.



Kolam selam tempur merupakan fasiliti yang amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan kumpulan khususnya dalam menangani ancaman maritim.

Fasiliti tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ‘mock up’ kapal, ‘entry point’ bagi kemasukan melalui udara serta banyak lagi kemudahan-kemudahan asas sokongan operasi.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading