Daiyan Trisha Kecewa Dakwaan Kehidupan Ditaja
Penat Saya Kerja, Netizen Cakap Saya Ada Sugar Daddy
Daiyan Trisha Kecewa Dakwaan Kehidupan Ditaja
Berjaya memiliki dua buah kediaman sendiri di usia bawah 30 tahun, ia merupakan satu pencapaian terbesar buat penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sehingga kejayannya itu menjadi inspirasi dalam kalangan peminatnya.
Namun begitu, ada kedengaran usikan nakal daripada netizen yang mendakwa pencapaian yang diusahkan Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, itu adalah disebabkan ditaja oleh ‘sugar daddy’ sehingga dia mampu untuk hidup selesa dan mewah.
Mengakui terkilan dengan tuduhan tersebut, Daiyan berkata kesemua aset yang berjaya dikumpulnya kini adalah di atas hasil usaha kerasnya sepanjang bergelar anak seni.
“Penat saya kerja, kau (netizen) cakap saya ada sugar daddy macam itu je. Saya terkilanlah sebab saya dah kerja keras kan.
“Saya terasa sikit la bila orang cakap macam tu tapi saya faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” katanya kepada MH.
Daiyan ditemui pada majlis pratonton drama terbaharu lakonannya, Projek: High Council yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah
- Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?
- Grobok Salai Negeri Sembilan
- Port Makan Terbaik Berdekatan Dengkil, Sepang, Bangi, Putrajaya & Cyberjaya
Penyanyi lagu Penat itu juga berkata dia berasa hairan apabila bila golongan wanita itu berjaya, mereka pasti akan dilabel seperti ada sesuatu perkara atau seseorang yang berada di belakang kejayaan tersebut.
“Ia satu tuduhan berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain di belakang dia.
“Bukan sebab usaha dia atau bakat dia. Kenapa mesti (cakap) macam tu? Kenapa bila lelaki bejraya, kita tak ada pun cakap dia mesti ada ‘sugar mummy’,” katanya lagi.
Selain berlakon dan menyanyi, Daiyan turut aktif bekerjasama mengiklankan pelbagai jenama mewah popular antarabangsa sepanjang 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang seni.
Sementara itu, untuk kerjaya lakonan, Daiyan kini tampil dengan drama terbaharu, Projek: High Council yang mana mengisahkan tentang gejala buli dan gangsterism yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah berasrama suatu ketika dahulu.
Memegang watak sebagai Mia, Daiyan berkata dia teruja membawakan watak itu di samping ramai pelakon baharu berbakat besar antaranya seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris.
“Untuk watak Mia ini, saya tempah sendiri rambut palsu berwarna merah jambu untuk tampil dengan karakter gadis rebelious.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Desas desus Muhyiddin akan ditangkap tersebar.
- Panas! Muhyiddin tidak akan pulang Malaysia?
- Ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2023 akan jadi tumpuan.
“Saya tak warnakan rambut sebab saya perlu tampil dengan imej clean, rambut berwarna hitam untuk tujuan endorsement dengan produk-produk.
“Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan ramai bakat baharu berbakat besar dan kalau bukan saya berlakon dalam drama ini pun, memang saya akan tonton sebab karya ini memang sangat bagus dan berkualiti tinggi,” katanya.
Projek: High Council yang diarahkan Anwari Ashraf dan Ika Zakaria ini akan mula ditayangkan di Astro Go pada 14 Januari ini dan di Astro Citra bermula 23 Januari, setiap Sabtu jam 9 malam.
Daiyan Trisha Kecewa Dakwaan Kehidupan Ditaja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Umno kembali bangkit?
- KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
- Khairy dan kluster Broker akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :