Ditawar AS30,000 jual wang lama RM2, tentera rugi RM26,000

Ditawar AS30,000 jual wang lama RM2, tentera rugi RM26,000
Ditawar AS30,000 jual wang lama RM2, tentera rugi RM26,000
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. – BERNAMA/FAIL

KUANTAN: Seorang anggota tentera berusia 25 tahun kerugian RM26,120 selepas terpedaya dalam urusan jual beli wang lama.

Berdasarkan laporan polis, mangsa melayari aplikasi Instagram dan melihat iklan tawaran membeli wang lama pada Ogos lalu, kemudian menerima tawaran AS$30,000 untuk menjual wang RM2 lama miliknya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata anggota tentera itu bagaimanapun diminta membuat pembayaran terlebih dahulu, kononnya untuk mengaktifkan akaun antarabangsa sehingga terpedaya membuat 11 transaksi membabitkan RM26,120.00 ke 11 akaun berbeza.

Dalam kejadian lain, beloiau berkata, seorang suri rumah berusia 63 tahun kerugian RM40,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan emas tidak wujud.



Katanya, mangsa mendakwa bertemu wakil syarikat untuk membuat pelaburan emas yang dijanjikan pulangan modal dalam masa 30 hari dan 60 hari untuk keuntungan dividen serta dinar emas pada 16 Ogos tahun lalu.

“Mangsa berminat dan menyerahkan wang tunai RM40,000 kepada wakil syarikat bagi tujuan pelaburan terbabit, namun tidak menerima sebarang pulangan daripada syarikat terbabit sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan” katanya hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dan urusan jual beli wang lama.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.



Berniaga online, pelajar raih RM26,000 sebulan

Ditawar AS30,000 jual wang lama RM2, tentera rugi RM26,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button