Milan kecewa di tempat sendiri



Milan: Jaringan lewat pemain tengah Ndary Adopo membolehkan Torino yang beraksi 10 pemain mencipta kejutan apabila menewaskan juara Serie A, AC Milan 1-0 selepas masa tambahan untuk mara ke peringkat 16 terakhir Piala Itali awal pagi tadi.

Torino beraksi kurang seorang pemain pada minit ke-69 selepas pertahanan Koffi Djidji menerima kad kuning kedua susulan kekasaran ke atas pemain gantian Milan, Junior Messias.

Ketika permainan hampir menuju ke penentuan penalti, Adopo memecah kebuntuan dengan rembatan rendah ke penjuru gawang yang mengejutkan tuan rumah.

Torino yang menjuarai Piala Itali lima kali tetapi bukan sejak 1993 menyertai musuh tradisi Milan, Inter di peringkat lapan terakhir selepas skuad Simone Inzaghi mara dengan menewaskan Parma 2-1 semalam.



Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker