Resepi biskut Arab
Resepi biskut Arab yang sangat gebu dan cantik dalam 3 warna. Senang nak dibuat dan bahan pun tak banyak. Sedap pula tu :)Biskut ini termasuk dalam senarai biskut wajib disediakan Che Nom pada hari raya. Cubalah ya.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 tin kecil mintak sapi (anggaran)
- pewarna kuning
- pewarna pink atau merah
- pewarna biru
Cara Penyediaan:
- Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.
- Ayak lagi sekali tepung gandum (kalau tak nak ayak pun tidak mengapa, Che Nom ayak supaya nk tepung tu tidak berketul lepas disangai).
- Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.
- Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.
- Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan ke dalam paper cup.
Resepi biskut Arab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :