6 ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik

6 ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik

6 ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik

IPOH: Polis kelmarin menahan enam lelaki disyaki terbabit pergaduhan di hadapan sebuah klinik kesihatan, sebagaimana tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata kejadian yang berlaku pada Rabu lalu itu membabitkan seorang mangsa berusia 48 tahun.



“Kesemua yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 37 tahun. Polis turut merampas sebatang rotan dan kayu disyaki digunakan dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Razlam berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca daripada masalah keluarga.

“Dua daripada lelaki itu didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Kesemua yang ditahan itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.



Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan, selain untuk mengelak daripada mendatangkan kebimbangan terhadap orang ramai. – BERNAMA

“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

6 ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button