Kekeliruan mas kahwin lebih RM21,000 jadi punca
Bakal pengantin akur majlis batal sebab adat!
Segala persiapan untuk pernikahan sudah dilakukan, namun apakan daya majlis terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Lebih menyedihkan apabila pernikahan dibatalkan bukan disebabkan oleh pihak ketiga atau restu ibu bapa, tetapi kerana adat.
Kisah sedih itu menjelang hari bahagia itu dikongsikan oleh bakal pengantin perempuan menerusi video yang tular di laman TikTok.
“Sudah bertunang, sudah foto pra-perkahwinan, sudah persiapan banyak perkara, MUA (jurumekap), jurugambar dan lain-lain.
“Tapi takdir kata lain. Ternyata ujian sebelum menikah itu berat,” katanya sambil menambah agar bakal pengantin diberi kekuatan untuk menempuh ujian menjelang pernikahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Umno kembali bangkit?
- KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
- Khairy dan kluster Broker akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.
Difahamkan, wanita yang berasal dari Sulawesi Barat, Indonesia itu dan tunang terpaksa berpisah kerana pasangannya gagal menyediakan mas kahwin berjumlah 75 juta rupiah (RM21,359).
Gadis yang lebih mesra disapa Awa itu memberitahu mereka mengenali antara satu sama lain pada April 2021 dan bertunang pada Mei 2022.
Memetik laporan Wolipop, nilai mas kahwin itu mengejutkan keluarga bakal suami Awa memandangkan mereka berasal dari Jawa, yang mana jumlah itu dianggap terlalu tinggi.Menurut Awa, keluarga tunangnya pula menganggap mas kahwin berjumlah 5 juta rupiah (RM1,435) sudah memadai untuk melangsungkan pernikahan.Keluarga Awa malu kerana rancangan pernikahan tidak dapat diadakan mengikut tarikh yang dirancang disebabkan keluarga bakal pengantin lelaki gagal menyediakan mas kahwin.
Mereka juga terpaksa menangguhkan tarikh pernikahan pada 7 Januari tahun ini, di mana wang hantaran tersebut sepatutnya harus diserahkan pada 25 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, keluarga tunangnya masih gagal menyediakan wang mas kahwin sebagaimana yang ditetapkan, malah pada masa sama tunangnya juga jatuh sakit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah
- Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?
- Grobok Salai Negeri Sembilan
- Port Makan Terbaik Berdekatan Dengkil, Sepang, Bangi, Putrajaya & Cyberjaya
Menurut Awa lagi, keluarga tunangnya hanya mampu menyerahkan 20 peratus nilai daripada jumlah yang ditetapkan.
Ternyata ujian sebelum menikah itu berat.
AWA
“Dalam keadaan sakit yang teruk, bakal suami dihalau oleh keluarga saya. Nasib yang sangat malang. Keluarga saya memutuskan untuk membatalkan perkahwinan kami.
“Kami berjanji untuk tidak meninggalkan satu sama lain. Tetapi keluarga memberi amaran di hadapannya jika saya terpaksa berpisah dengannya, saya akan dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik daripadanya,” ujar Awa dengan nada sedih.
Sementara itu, Awa meluahkan kesedihannya menerusi beberapa perkongsian di TikTok susulan pembatalan pernikahan bersama jejaka yang dicintainya.
“Tahun baharu mahu bersama kamu, tapi ternyata…
“Aku rindu saat pertama kali kamu bertanya siapa namaku,” demikian antara luahannya.
Ruangan komen dihujani doa dan kata-kata semangat dalam kalangan netizen, dan antara mereka menganggap terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Mas Idayu Pilih Tak Mahu Ambil Risiko
Kekeliruan mas kahwin lebih RM21,000 jadi punca
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO