Resepi Biskut Cappuccino

Resepi Biskut Cappuccino
Resepi Biskut Cappuccino

 

Biskut Cappuccino yang dibentuk menggunakan kaedah piping. Resepi ini menggunakan pati cappuccino (cappuccino paste) yang boleh dibeli di kebanyakan kedai bakeri. Sesuai untuk dihidangkan pada hari raya.

 

Bahan-bahan:

 



  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 sudu kecil pati cappuccino
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk koko
  • 225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu
  • 1/2 cawan gula kastor

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.
  3. Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.
  4. Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan, masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12-15 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.

 

Tip:

 



  • Biskut memang akan menjadi lembut walau selepas 15 minit dibakar, tetapi akan mula mengeras apabila sejuk.

Resepi Tomyam kaw-kaw

Resepi Biskut Cappuccino

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button