Rusuhan Brazil: Mahkamah Agung arah Bolsonaro disiasat

Rusuhan Brazil: Mahkamah Agung arah Bolsonaro disiasat

Rusuhan Brazil: Mahkamah Agung arah Bolsonaro disiasat
PENYOKONG Bolsonaro memecahkan tingkap bangunan Mahkamah Agung ketika rusuhan pada Ahad lalu di Brasilia. – AFP

BRASILIA: Mahkamah Agung Brazil membenarkan siasatan dijalankan terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro kerana didakwa menggalakkan protes anti-demokrasi sehingga penyokongnya bertindak menyerbu beberapa bangunan rasmi kerajaan negara itu.

Hakim Alexandre de Moraes memberi persetujuan kepada permohonan pendakwa raya Persekutuan untuk menjalankan siasatan tersebut.

“Tokoh awam yang terus berkomplot menentang demokrasi dan cuba mewujudkan keadaan huru-hara akan diheret ke muka pengadilan,” katanya.



Menurut pejabat pendakwa raya, Bolsonaro yang kini berada di Amerika Syarikat (AS) akan disiasat atas dakwaan `hasutan dan cuba membimbing melalui kepintarannya dengan mencetuskan perbuatan anti-demokrasi itu sehingga mengakibatkan vandalisme dan rusuhan di Brasilia pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Agung memerintahkan penahanan bekas menteri kehakiman, Anderson Torres kerana membenarkan protes berlaku di ibu negara Brazil selepas dia memikul tanggungjawab mengawal keselamatan awam Brasilia.

Minggu lalu, ribuan penyokong Bolsonaro merusuh dan menceroboh bangunan Kongres, Mahkamah Agung, Istana Presiden dan Kementerian di ibu kota Brasilia dengan niat berusaha mencetuskan huru-hara dan rampasan kuasa yang akan menggulingkan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Penyokong Bolsonaro bertindak ganas selepas enggan menerima keputusan pilihan raya presiden apabila Bolsonaro tewas dengan perbezaan undi yang kecil.



Lautan ‘bolsonarista’ berpakaian kuning dan hijau memecahkan tingkap serta memusnahkan peralatan termasuk perabot dan karya seni ketika mereka menyerbu masuk ke dalam bangunan Kongres untuk menuntut campur tangan tentera.

Bolsonaro kini berdepan beberapa siasatan disebabkan ucapan bersifat anti-demokrasi yang dibuatnya sebagai Presiden termasuk dakwaan wujud unsur penipuan ketika pilihan raya.

Pemimpin parti PL kini bimbang beliau akan dipertanggungjawabkan atas insiden rusuhan Ahad lalu, yang dikhuatiri boleh diisytiharkan tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya 2026.

Sementara itu, satu pendedahan mengenai perbelanjaan rasmi kad kredit Bolsonaro menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat negara itu.



Rekod perbelanjaan kad kredit Bolsonaro menunjukkan lebih AS$21,000 (RM91,538) dibelanjakan di restoran manakala AS$10,700 (RM46,641) lagi di bakeri dalam tempoh sehari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Selain itu, lebih AS$1,600 (RM6,974) dibelanjakan di kedai aiskrim.

Berdasarkan penyata akaun disiarkan di laman sesawang kerajaan, lebih daripada 27.6 juta reais dicaj kepada kad presiden itu sepanjang tempoh empat tahun pemerintahannya.

Bagaimanapun, Bolsonaro dan 21 lagi pegawainya dilaporkan mempunyai akses kepada kad itu. – REUTERS/AFP



Presiden Brazil dikejarkan ke hospital

Rusuhan Brazil: Mahkamah Agung arah Bolsonaro disiasat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading