PH bakal berpecah, MUDA jadi ‘duri dalam daging’

Bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Harapan-PH sudah semakin jelas menjelang PRN Johor. Bermula dari penggunaan lambang PH, kini MUDA turut terlibat dalam konflik perpecahan Pakatan Harapan.

Parti Keadilan Rakyat-PKR memutuskan mereka akan menggunakan lambang sendiri dalam PRN Johor.



Manakala AMANAH dan DAP kekal menggunakan lambang Pakatan Harapan.

Semalam rundingan pembahagian kerusi antara MUDA, DAP dan AMANAH telah dimeterai bersama tanpa penglibatan PKR. Persetujuan bersama yang dicapai akan memberi laluan kepada MUDA memperolehi 6 kerusi DUN tanpa saingan dari DAP dan AMANAH.

Kerusi yang terlibat adalah 

  • N5 Tenang
  • N7 Bukit Kepong
  • N22 Parit Raja
  • N26 Machap
  • N41 Puteri Wangsa
  • N50 Bukit Permai

PARTI KEADILAN RAKYAT KINI SEPERTI ‘ANAK PUNGUT’



 

Sangat jelas PKR telah diketepikan dalam persefahaman pembahagian kerusi Pakatan Harapan di PRN Johor.

Kemelut dalaman ini menyebabkan Wanita PKR Johor menyuarakan kekecewaan mereka apabila kerusi Puteri Wangsa diberikan kepada AMANAH telah diserahkan pula kepada MUDA.

Napsiah Khamis Maharan-PKR pada 27 Januari 2022 menyatakan kekecewaan selepas rundingan awal Pakatan Harapan telah menyebabkan beliau tidak dapat bertanding kerana kerusi tersebut diberikan kepada AMANAH. 



Namun semalam mereka dikejutkan apabila AMANAH ‘menyedekahkan’ pula kerusi tersebut kepada MUDA.

 

Amat jelas MUDA terutama Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berani meletakkan MUDA bertanding di Muar kerana memilih zon selesa. Ini cara pengecut jika mengikut istilah politik.



Kemungkinan kerana pembahagian kerusi ini akan menjadi penyebab berkuburnya Pakatan Harapan semakin tidak boleh disangkal.

Tetapi dalam masa sama ada ura-ura berlaku gabungan baru dikenali sebagai Pakatan Harapan 2.0 diwujudkan dengan pertambahan MUDA dan WARISAN dalam gabungan baru itu.

PKR pula dikhabarkan akan cuba menyertai Perikatan Nasional kerana tahu PPBM dalam keadaan terdesak ekoran keengganan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Gambir.

Jika berlaku penyertaan PKR sebagai komponen baru dalam Perikatan Nasional, maka kedudukan PPBM dan Perikatan Nasional akan lebih terjamin kerana PKR mempunyai ramai penyokong yang bukan Melayu tetapi sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangkan calon mereka.



MUDA ditaja oleh siapa sebenarnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button