Belum sempat kerja dah kena pecat

Oleh – Syeikh Baran


Belum sempat kerja dah kena pecat
JoMama memberikan alasan terlewat tiba kerana jalan yang dilalui ke tempat kerja dipenuhi salji. Foto Agensi

Baru hari pertama mahu melaporkan diri, seorang wanita dari Arkansas dipecat apabila terlewat tiba hampir satu jam ke tempat kerjanya.

Ketika memuat naik kisahnya itu di platform TikTok pada 15 Januari lalu, Damita JoMama menceritakan punca dia datang lewat sehingga digelar penipu oleh kakitangan syarikat ambulans itu.



JoMama berkata, dia terlewat tiba di pejabat kerana terperangkap di jalan raya yang bersalji tebal meskipun memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).

Sejurus tiba di syarikat tempat kerjanya itu, dia berjumpa dengan seorang kakitangan yang berkata: “Anda lewat. Mengapa anda tidak boleh tiba lebih awal?”

JoMama kemudiannya dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat dan diberitahu pihak syarikat tidak dapat meneruskan pengambilannya untuk bekerja.

JoMama nyata terkejut dengan tindakan syarikat berkenaan yang tidak boleh bertolak ansur sekalipun dia telah memberikan sebab kelewatannya tiba di syarikat tersebut. – Agensi



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading