Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik

“Saya takut hantu!” - terfikir tolak tawaran berlakon ‘Pulau’

Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik

Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik

Amelia mengakui takut berlakon filem seram.

PELAKON Amelia Henderson mendedahkan dia sebenarnya tidak mahu terlibat dalam Pulau memandangkan filem berkenaan mengetengahkan genre seram dan berunsurkan mistik.

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 27, berkata, dia sebenarnya seorang yang penakut terutamanya perkara berkaitan mistik dan kelemahan itu membuatkan dia tidak mahu terlibat dalam filem atau drama berunsurkan seram.

“Saya takut hantu, sebab itu anda jarang tonton saya berlaku dalam drama atau filem genre seram dan mistik.



Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik
Watak Kat memerlukan ketahanan mental dan fizikal

“Watak Kat sangat menarik dan istimewa… disebabkan itu saya lupakan rasa takut dan setuju kerana mahu zahirkan karakter Kat,” katanya kepada mStar.

Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem berkenaan yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pulau yang diarahkan oleh Euho membariskan pelakon seperti Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Filem berkenaan mengisahkan sekumpulan anak muda yang bercuti ke sebuah pulau yang bertukar tragedi ngeri dan ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Mac depan.



Bercerita lanjut mengenai cabaran menjayakan filem tersebut, Amelia memberitahu pengalaman menjalani penggambaran di dalam laut selama sembilan ke 12 jam antara yang tidak boleh dilupakan.

Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik
Amelia seorang yang takut kepada perkara mistik

Amelia berkata, bagi menjayakan babak di dalam laut bukan mudah kerana memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat kerana ia turut melibatkan elemen aksi.

“Walaupun Pulau filem seram tapi masih ada babak yang memerlukan saya mendaki hutan dan menyelam dalam lautan.

“Dari segi fizikal ia mencabar sebab saya ia antara aksi yang belum pernah saya buat sebelum ini.



“Tetapi saya sangat menikmati aksi itu sebab ia membuatkan saya rasa lengkap menjadi seorang pelakon,” katanya.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Amelia Henderson lemah dengan perkara mistik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button