Detik paling cemas…

Beijing: Sekumpulan pengunjung sebuah taman hiburan di Bandar Fuyang, Wilayah Anhui, berdepan detik cemas apabila ‘Pendulum Ride’ yang dinaiki tidak berpusing menyebabkan mereka ‘tergantung’ beberapa minit.

Kejadian pada Khamis lalu itu turut dirakam dan tular di media sosial.

Rakaman video menunjukkan, buaian gergasi itu mengalami kegagalan teknikal dan tersangkut di tempat tertinggi.



Keadaan itu menyebabkan sekumpulan pengunjung yang menaiki permainan terbabit tergantung secara terbalik.

Susulan kejadian itu, pekerja taman hiburan itu dikatakan cuba membaik pulih buaian berkenaan tetapi tidak berhasil.

Mereka juga dikatakan gagal mengawal panel kawalan supaya ia kembali beroperasi.

Selepas beberapa percubaan, pekerja mengambil keputusan untuk membetulkannya secara manual dengan memanjat tiang.



Pegawai dari taman hiburan itu berkata, pekerja berjaya membaiki buaian berkenaan selepas 10 minit ia ‘tersangkut’.

“Pihak taman hiburan juga mengembalikan semula bayaran pengunjung yang terjejas.

“Kita turut menawarkan bantuan perbelanjaan perubatan trauma kepada pengunjung yang disebabkan oleh kegagalan permainan,” katanya.

Katanya, buaian itu mengalami masalah kerana melebihi had berat ditetapkan.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button