Sampai bila Zeti mahu ambil ‘cuti sakit’?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Sampai bila Zeti mahu ambil 'cuti sakit'?

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz masih ‘menikmati’ cuti sakit dari menghadiri perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah. Zeti dinamakan sebagai saksi utama kes 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak.

Jika dihitung ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti bermula dari tarikh beliau sepatutnya hadir sebagai saksi utama sampai hari ini, sudah 21 hari beliau ‘bercuti’ dari memberi keterangan di Mahkamah.

Alasan muntah, demam panas dan vertigo sudah digunakan berkali-kali sehingga dijadikan jenaka netizen yang menyatakan Zeti sedang dalam fasa ‘hamil’ bagi mengelak dari menghadiri perbicaraan.



Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu saksi utama dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak dapat hadir memberi keterangan esok kerana cuti sakit selama dua hari.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa saksi yang dinanti-nantikan dalam perbicaraan itu mendapat cuti sakit akibat demam panas, vertigo dan muntah. – AWANI – 23/11/2022
 

Zeti sepatutnya hadir untuk memberi keterangan beliau di Mahkamah pada 24 November 2022 namun yang hadir hanya sijil ‘cuti sakit’.

Nama Zeti dan suami, Tawfiq Ayman dikaitkan dengan skandal 1MDB dan bekas peguam negara turut menyatakan perkara sama sebelum ini menerusi satu video.

Beliau juga dikatakan menerima sejumlah wang dari Jho Low menerusi 2 pembayaran. Malah, seorang Hakim yang terlibat mengendalikan kes SRC yang dihadapi Najib juga dikaitkan dengan Jho Low. 

Sampai bila Zeti mahu ambil 'cuti sakit'?

 

Adakah Zeti ‘dilindungi’ oleh seseorang yang boleh mempengaruhi Mahkamah sehingga boleh mendapat ‘cuti sakit’ yang begitu panjang tanpa disepersoalkan kesahihannya



Tidak ada sesiapakah yang boleh menyiasat kesahihan surat tersebut?

Benarkah ada individu yang melindungi Zeti khuatir segala perancangan ‘jahat’ mereka mengenakan Najib? Semua ini hanya akan terjawap bila Zeti dbawa ke Mahkamah bagi menjadi saksi utama.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker